|
- Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu
kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam
hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini
hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia
untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
|
- Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir
sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila
sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak
kawan kawan dan lawan
|
- Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi.
Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan
cinta pada Tuhan akan tetap kekal
|
- Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul
periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh
melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
|
- Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket
menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha
biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
|
- Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan
sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan
dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar
kebahagian bias berpanjangan
|
- Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang
tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang
lebih manis dari racun
|
- Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya
dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan
dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
|
- Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan
percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati
pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti
kebahagian
|
- Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
|
- Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
|
- Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
|
- Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
|
- Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
|
- Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar
yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi
tanah liat
|
- Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
|
- Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui
oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang
teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
|
- Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
|
- Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya
ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan
kemahuannya dengan secukupnya
|
- Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat.
Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi
suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari
sinilah berpunca bala.
|
- Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
|
- Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
|
- Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
|
- Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
|
- Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang
gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang
gembira
|
- Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
|
- Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah
kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan
yang kita nantikan berhasil
|
- Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan
|
0 komentar:
Posting Komentar